SUKAN DAN PERPADUAN


PROGRAM: AKAUNTANSI

NAMA PENSYARAH: MOHD FAIZAL BIN MAT PESA

SESI: SEMESTER 1


NAMA AHLI KUMPULAN:

AZRA ASYILAH BINTI ASMAWI-14DAT21F1060

NUR KHAIRINA BINTI RIZAL-14DAT21F1040

NUR IZZATUN NISAQ BT AHMAD-14DAT21F1054

THARANI KUMARESAN-14DAT21F1069


ISI KANDUNGAN

.PENGENALAN

.SUKAN MALAYSIA

.PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN

.PENCAPAIAN NEGARA KITA DALAM SUKAN

.PERANAN SUKAN DALAM MENYATUPADUKAN PERPADUAN KAUM

.FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN

.KESIMPULAN




PENGENALAN

          Bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan antara kaum.Biarpun berlainan fahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan.Contohnya, apabila pasukan Harimau Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi fokus agar kemenangan dapat berpihak kepada pasukan Harimau Malaya.

          Sama-sama bersorak, sama-sama menjerit dengan satu harapan agar Harimau Malaya dapat menang. Bila kalah, sama-sama kecewa. Tapi menang sama-sama, kalah pun sama-sama.Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta.

          Melalui sukan, kita juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara.

           “Ini merupakan salah satu pengisian ke arah pencapaian matlamat konsep 1Malaysia berdasarkan penglibatan semua pelajar pelbagai bangsa, budaya dan agama,”. Kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang sentiasa mendokong hasrat falsafah pendidikan negara untuk melahirkan insan yang seimbang. “Dasar ini sebenarnya selaras dengan dasar sukan negara yang bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat. “Oleh yang demikian, penyertaan setiap pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah amat penting sebagai satu landasan untuk melahirkan pelajar yang cergas, dinamik serta bersatu padu,” jelasnya.

         Melalui latihan sukan yang konsisten dan seimbang dari pelbagai aspek yang merangkumi minda, otot saraf dan emosi, sukan juga mampu membentuk pelajar yang cergas dan patuh kepada peraturan. “Selain itu, sukan juga dapat membentuk pelajar yang berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kental serta mempunyai daya kepimpinan dan integriti yang tinggi,” ujarnya lagi. Tidak kira dalam apa jua sukan, kerjasama dan hubungan akrab akan lahir apabila pemain bertungkus-lumus dan bekerjasama menyahut cabaran sebagai satu pasukan.

 1.0 SUKAN MALAYSIA

  Sukan dan perpaduan berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi dan menyemarakan semangat patriotik dalam kalangan rakyat.Penyertaaan aktiviti sukan tidak terhad kepada kaum tertentu kerana ianya membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat.Penubuhan majlis sukan sekolah Malaysia (MSSM) dan mengadakan termasya sukan Malaysia (SUKMA) setiap dua tahun sekali pada peringkat awal. Sukan Malaysia adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan dibawah anjuran Malaysia Sukan Negara Malaysia, Majlis-Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia(MSSM), Malaysia Sukan Universiti Malaysia dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia.Seterusnya, Sukan ini juga merupakan kejohanan "beraneka sukan" (Multisport Competition) dan berkonsepkan "Mini Sukan Olimpik" di Malaysia yang melibatkan atlet remaja.

 1.1 PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN

  • Sukan sebagai alat perpaduan dan antarabangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum.
  • Aktiviti sukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain
  • Aktiviti sukan dapat menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami antara kaum.
  • Mewujudkan hubungan diplomatik antara sesebuah negara dengan negara lain

 1.2 PENCAPAIAN NEGARA KITA DALAM SUKAN

Perpaduan yang dapat dilihat dari perkembangan sukan di negara kita ialah contoh dalam sukan badminton yang telah mendapat nama di peringkat tinggi iaitu Dato'Lee Chong Wei.Beliau telah mengharumkan nama negara Malaysia dengan menyertai sukan ini.Selain itu,perpaduan antara kaum dapat dilihat antara satu sama lain.Pelbagai kaum iaitu Melayu,India dan Cina telah berganding bahu untuk memberi sokongan yang padu kepada Dato'Lee Chong Wei dalam sukan badminton ini. Hal yang demikian menjelaskan bahawa telah wujud perpaduan melalui sukan dalam negara kita.


Bola Sepak sebagai ejen penyatuan perpaduan kaum    

.Di samping mengutamakan dasar dan pembentukan agenda pembangunan sukan, Malaysia   juga berjaya dari penganjuran sukan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

.Sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai       ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan.

.Pencapaian dikesemua peringkat kampung, daerah, negeri dan nasional serta antarabangsa   mesti diperluaskan supaya Malaysia akan menjadi gah sebagaimana Jepun dan Korea   Selatan yang satu ketika dahulu di belakang Malaysia.

.Dasar ini adalah untuk semua lapisan masyarakat, merangkumi program-program Sukan   Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi.

.Penggubalanya adalah berlandaskan rancangan pembangunan negara.

.Sukan memberi manfaat yang amat besar terhadap aspek kemanusiaan sejagat yang   melibatkan peranan individu, masyarakat dan negara.


 

 

Di setiap negara mempunyai pelbagai jenis sukan yang menarik tetapi bola sepak juga merupakan raja sukan dan dijadikan sukan utama di negara kita pada masa kini.Jika dilihat di sukan SEA 2017 Malaysia telah menjadi tuan rumah dan telah mendapat juara keseluruhan .Tetapi untuk sukan bola sepak pula Malaysia yang mempunyai pemain yang berlainan kaum telah layak ke peringkat akhir.Penyokong Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum bersemangat memberi sokongan kepada pasukan Malaysia .Ini terbuktilah bahawa sukan bola dapat memberi perpaduan kepada negara.


1.3 PERANAN SUKAN DALAM MENYATUPADUKAN PERPADUAN KAUM

 

    Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan massa. Zaman bola sepak negara tahun 1980-an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid Ali. Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga bola sepak luar negara, namun sering kali kita melihat sukan akan menjadi alat perpaduan dalam kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai perbezaan termasuk fahaman politik masing-masing. Ketika Perang Dunia Kedua, sukan menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa yang boleh bersama walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir urus berbeza.






 

      

 


.Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi sihat bukan sahaja dari segi   fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat   dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses   meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini.

.Dasar Sukan Negara menggariskan matlamat setiap agensi kerajaaan dan bukan   kerajaan,persatuan sukan, badan dan individu yang terlibat dengan sukan.

.Dasar Sukan Negara merupakan dasar pembangunan sukan ke arah budaya sukan dan   pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara seluruh.

.Sukan memberi manfaat yang amat besar terhadap aspek kemanusiaan sejagat yang   melibatkan peranan individu, masyarakat dan negara.

 

 

1.4 FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN

 

Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing, peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah, pengukuhan interaksi sosial dan penguasaan kemahiran pergerakan asas dan kompleks. 

Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.           

Di peringkat antarabangsa, sukan menyumbang kepada pemupukan jalinan dan kerjasama antarabangsa, peningkatan ketahanan dan daya saing; dan peningkatan kecemerlangan dan imej negara. 

Dalam konteks pembangunan ekonomi, sukan adalah satu sektor ekonomi yang dapat menjana pendapatan dan peluang pekerjaan, bukan sahaja kepada atlet tetapi juga kumpulan sokongan, pengeluar peralatan sukan, media.

KESIMPULAN

.Berdasarkan apa yang saya baca,sukan merupakan aspek yang penting untuk memupuk   perpaduan antara kaum.

.Selain itu, dapat diketahui tokoh sukan dalam semua aspek kaum.

.Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan.

.Dalam kalangan masyarakat,sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan   di antara pelbagai kaum, kerjasama dan sokongan. 



Ulasan

  1. perngkongsian yang sangat bermanfaat

    BalasPadam
  2. info yang sangat bagus.. selepas ini bolehlah update dengan lebih banyak lagi!😊

    BalasPadam
  3. Info yg berfaedah dan bermanfaat. Boleh ditambahbaik dn dikemaskini.

    BalasPadam
  4. Ya, saya setuju dengan pandangan tersebut

    BalasPadam
  5. Alhamdullilah ...sememangnya telah terbukti bila pertandingan sukan yang melibatkan negara dengan yang lain terutama peringkat akhir atau penentu kelayakan.

    BalasPadam
  6. Selain rukun negara... sukan juga boleh membuktikan jati diri serta perpaduan kaum yg kukuh sebagai rakyat Malaysia... Tahniah ulasan serta info terbaik demi perpaduan rakyat Malaysia....

    BalasPadam
  7. Bersukan amat penting untuk perpaduan dan kesihatan

    BalasPadam
  8. Pengisian yang baik dan padat. Tahniah!

    BalasPadam
  9. Perkongsian yg bermanfaat. Tahniah

    BalasPadam
  10. bersukan boleh menyihatkan badan...marilah kita bersukan

    BalasPadam
  11. Bersukan meyihatkn badan Dan mengeratkn siratulrahim....

    BalasPadam
  12. Perkongsian ilmu yg bermanfaat.. terimakasih

    BalasPadam
  13. Syabas admin.. Perkongsian info yang bermanfaat..

    BalasPadam
  14. Pakaian sukan tidak patuh syariah..

    BalasPadam
  15. Dengan sukan semua bangsa dpt bersatu...'Majulah Sukan untuk Negara'...

    BalasPadam
  16. Info bermanfaat. Sukan menyatukan bangsa!

    BalasPadam
  17. Pengisian & maklumat yang bermanfaat..

    BalasPadam
  18. Ilmu yang bermanfaat, isi yang padat & mudah difahami

    BalasPadam
  19. Good Info, Keep up the good work

    BalasPadam
  20. Sukan menyatupadukan masyarakat. Info menarik, tersusun dan mudah difahami. Good luck guys!!

    BalasPadam
  21. Info yg baik, padat dan bermanfaat...tahniah semua

    BalasPadam

  22. Maklumat yang baik dan bermanfaat

    BalasPadam
  23. Sukan telah menterjemahkan secara jelas tanpa melalui lisan, tanpa melalui kata-kata, tanpa melalui arahan, tanpa melalui paksaan TETAPI secara jelas Sukan menjadi landasan yg kuat dlm penyatuan kaum Dan etnik..cuma asas penglibatan sukan adalah di sekolah...bila sekolah berasingan tidak berada dlm satu bumbung maka amat sukar utk membina landasan perpaduan melalui sukan..sukan akan dilihat dlm kelompok tertentu sahaja..

    BalasPadam

Catat Ulasan